Monday, May 4, 2009

Menyambut Seruan Ilahi



"Labbaikallahumma Labbaik,Labbaikala Syarikalaka Labbaik,Innalhamda,Wanni'mata,Laka Wal Mulk,La Syarikalakh"

HambaMu telah datang menyambut panggilanMu Ya Tuhan,hambaMu datang menyambut panggilanMu.Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu.


Begitulah laungan talbiah kami,rombongan umrah Ahli Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz DQ bersama jemaah syarikat travel yang berkumandang di angkasa pertama kalinya bermula dari Miqat Makani,Bi' Ali ke MasjidilHaram. Teringat semula bagaimana saat-saat memasuki tanah suci Mekah sehinggalah sampai ke MasjidilHaram.Akhirnya,Kaabah yang selama ini hanya aku lihat di dalam TV,poster,buku dan sebagainya telah berada dihadapanku..Ya Allah..Segala Puji Allah..pada kali ini aku dipilih untuk menjadi tetamuNya..Syukur pada Allah..

Setelah perancangan yang telah dibuat bermula bulan8 yang lepas,alhamdulillah pada tarikh 8-21 April yang lalu,tercapai hajat kami,siswa Darul Quran semester 4 seramai 21 orang untuk melaksanakan ibadah umrah diikuti dengan Muqabalah Universiti Islam Madinah. Selama 3 hari pertama di Kota Madinah Munawwarah, antara tempat-tempat ziarah yang menjadi destinasi kami ialah Ladang Kurma,Masjid Quba',Masjid Qiblatain dan Medan Uhud. Kami mengambil peluang belian secara berhemat di Ladang Kurma yang merupakan tempat jualan Kurma,Kacang Cerdik,Kismis dengan harga yang murah. Setelah itu,kami menuju ke masjid terawal dalam Islam dan masjid 2 Qiblat diikuti Medan Uhud yang menjadi tempat berlakunya peristiwa bersejarah dalam Islam apabila tentera Islam kalah dalam peperangan ini. Peperangan yang berlaku pada tahun 3hijrah ini berpunca dari pasukan pemanah yang melanggar arahan Rasullallah dengan bergegas turun ke medan perang untuk merampas harta ghanimah. Tentera pihak lawan yang diketuai olah Khalid al-Walid segera bertindak mengambil peluang ini dengan menyerang dari belakang. Kesan dari peperangan ini moga0-moga memberi pengajaran dan kefahaman kepada semua umat Islam mengenai konsep ketaatan kepada pemimpin sesuatu organisasi..Insyaallah..


Menjelang tarikh 10 April selepas zohor,kami bersiap untuk bertolak ke Kota Mekah Mukarramah. Rombongan yang diketuai oleh Saudara Mohd Ehsan bin Sebri ini,sentiasa mendapat perhatian dan kerjasama ahli persatuan. Di kota haram ini,kami menginap selama 9hari di hotel Mawaddah berdekatan hotel Shuhada'. Alhamdulillah,aku dan sahabat-sahabat melaksanakan ibadah umrah bersama-sama sebanyak 6-7 kali.Moga-moga diterima oleh Allah.Kami dibimbing oleh Ustaz Nazri yang merupakan Pengarah Multaqa' al-Iman Travel dan 2orang sahabatnya Ustaz Wan dan Ustaz Omar.Kami dibimbing mengenai cara-cara sebenar pelaksanaan umrah supaya umrah yang dilaksanakan merupakan umrah yang terbaik.


Di samping itu,antara tempat-tempat yang kami lawati di sini ialah Ummul Qura University,Jabal Rahmah,Ja'ranah,Ladang Unta,Masjid Hudaibiyah dan banyak lagi. Apa yang menjadi pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah ekspedisi mendaki 2bukit di sini iaitu Jabal Thur dan Jabal Nur. Dengan setinggi 5000kaki dan 2500kaki,kami mendaki dengan cita-cita tinggi dapat melihat lokasi sebenar tempat Rasulllallah menerima wahyu dan tempat bersuluk. Dari 2bukit tersebut,kami dapat melihat pemandangan Kota Haram ini secara keseluruhannya. Subhanallah.....


Sehingga hari ini,pengalaman dan suasana beribadah di Kota Haramain tidak dapat aku dan sahabat-sahabat jemaah umrah lupakan sehingga hari ini. Sehinggakan saat ini juga,aku katakan pada hatiku "Aku rindukan Haramain.." Moga-moga selepas ini aku dapat lagi menjadi tetamuNya Insyaallah...

1 comment:

  1. Allah swt dah janji akan anugerahkan khalifah/dunia ini kepada org mukmin..dan org yang jaga amal soleh..tp asbab kelemahan saya,,org mukmin dan amal soleh belum wujud lagi,,,maka Allah akan bagi pd org kafir,,biar org kafir tindas org Islam...org islam sibuk dengan syurga org kafir,sebab itu org kafir marah dan tindas org Islam...

    ReplyDelete