Saturday, August 29, 2009

Perubahan itu suatu kepastian..

Merenung kepada kata-kata yang diungkapkan oleh seorang pimpinan PAS, Mohamad Sabu mengenai kemerdekaan yang sebenar ialah terlaksananya syariat sebagaimana yang dituntut oleh Allah, apakah sekarang kita sudah berada di tahap sedemikian? Jika jawapannya 'tak', apakah ada usaha dari kerajaan khususnya atau pihak-pihak tertentu amnya dalam mengkaji semula sistem pemerintahan di Malaysia kini dan seterusnya membuat 'transformasi' berlandaskan nas Al-Quran dan As-Sunnah?

Saya yakin, kebanyakan pihak yang mempunyai sensitiviti terhadap perkara ini, telah banyak melakukan usaha demi mengembalikan negara kepada kebenaran. Malah satu pihak yang tidak pernah merasa penting akan perkara ini, menganggap bahawa ianya adalah perkara biasa. Kita ingin membentuk negara berdasarkan firman Allah SWT : 'Baldatun toyyibatun warabbun ghafur'.
segala-galanya dapat dilakukan melalui kuasa besar negara ini iaitu pemimpin kerajaan pusat. Bagaimana rakyat hendak percaya sekiranya suara rakyat tidak diendahkan. Lakukan perubahan, kerana perubahan itu adalah suatu kepastian...

Saturday, July 11, 2009

MUTIARA KATA

* Kita didunia ini seperti penunggu ombak, kita tetap duduk sedangkan masa berlalu

* Nilai hidup, nilai agama dan nilai cinta letaklah ia pada hati, pada jiwa dan pada
perasaan.jangan sesekali diletakkan pada harta, pada pangkat mahupun pada hiasan.

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

* Biar buta penglihatan asalkan jangan buta hati dan fikiran.

* Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik kelakuannya.

* Si zalim yang tidak beramal dengan ilmunya akan diazab terlebih dahulu
daripada penyembah berhala.

* Kelebihan orang yang berilmu di sisi Allah adalah 700 darjat.
satu darjat bersamaan 500 tahun perjalanan

* Pilihlah seseorang untuk dicintai dan cintalah pilihan anda itu

* Orang yang paling bodoh di dunia ialah orang yang tidak berdoa
kepada Allah walaupun sesaat.

* Seorang pemenang dalam angan-angan umpama pemikir tanpa persoalan.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Dunia adalah komedi bagi yang memikirkannya, dan merupakan satu
tragedi bagi yang merasainya.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Orang yang paling kedekut didunia ialah orang yang tidak pernah
berselawat kepada nabi walaupun sepatah.

* Buat sesuatu dengan fikiran terbuka bukan dengan mulut yang ternganga.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.

* Hidup tanpa cita-cita adalah beku, Cita-cita tanpa perjuangan adalah kaku


Sahabat-sahabat sekalian,

Marilah kita merenung satu kata-kata yang diungkapkan oleh seorang tokoh yang terkemuka,Syed Qutb : 'Kita bukanlah yang memulakan,kita juga bukanlah yang mengakhirkan tetapi kita adalah rantai-rantai perjuangan'

Setiap titisan darah,luka dan titisan air mata, itulah mahar ke syurga,bila ditanya kenapa berjuang itu pahit,jawapannya kerana syurga itu manis.

Takbir!!!



Monday, May 4, 2009

Menyambut Seruan Ilahi



"Labbaikallahumma Labbaik,Labbaikala Syarikalaka Labbaik,Innalhamda,Wanni'mata,Laka Wal Mulk,La Syarikalakh"

HambaMu telah datang menyambut panggilanMu Ya Tuhan,hambaMu datang menyambut panggilanMu.Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu.


Begitulah laungan talbiah kami,rombongan umrah Ahli Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz DQ bersama jemaah syarikat travel yang berkumandang di angkasa pertama kalinya bermula dari Miqat Makani,Bi' Ali ke MasjidilHaram. Teringat semula bagaimana saat-saat memasuki tanah suci Mekah sehinggalah sampai ke MasjidilHaram.Akhirnya,Kaabah yang selama ini hanya aku lihat di dalam TV,poster,buku dan sebagainya telah berada dihadapanku..Ya Allah..Segala Puji Allah..pada kali ini aku dipilih untuk menjadi tetamuNya..Syukur pada Allah..

Setelah perancangan yang telah dibuat bermula bulan8 yang lepas,alhamdulillah pada tarikh 8-21 April yang lalu,tercapai hajat kami,siswa Darul Quran semester 4 seramai 21 orang untuk melaksanakan ibadah umrah diikuti dengan Muqabalah Universiti Islam Madinah. Selama 3 hari pertama di Kota Madinah Munawwarah, antara tempat-tempat ziarah yang menjadi destinasi kami ialah Ladang Kurma,Masjid Quba',Masjid Qiblatain dan Medan Uhud. Kami mengambil peluang belian secara berhemat di Ladang Kurma yang merupakan tempat jualan Kurma,Kacang Cerdik,Kismis dengan harga yang murah. Setelah itu,kami menuju ke masjid terawal dalam Islam dan masjid 2 Qiblat diikuti Medan Uhud yang menjadi tempat berlakunya peristiwa bersejarah dalam Islam apabila tentera Islam kalah dalam peperangan ini. Peperangan yang berlaku pada tahun 3hijrah ini berpunca dari pasukan pemanah yang melanggar arahan Rasullallah dengan bergegas turun ke medan perang untuk merampas harta ghanimah. Tentera pihak lawan yang diketuai olah Khalid al-Walid segera bertindak mengambil peluang ini dengan menyerang dari belakang. Kesan dari peperangan ini moga0-moga memberi pengajaran dan kefahaman kepada semua umat Islam mengenai konsep ketaatan kepada pemimpin sesuatu organisasi..Insyaallah..


Menjelang tarikh 10 April selepas zohor,kami bersiap untuk bertolak ke Kota Mekah Mukarramah. Rombongan yang diketuai oleh Saudara Mohd Ehsan bin Sebri ini,sentiasa mendapat perhatian dan kerjasama ahli persatuan. Di kota haram ini,kami menginap selama 9hari di hotel Mawaddah berdekatan hotel Shuhada'. Alhamdulillah,aku dan sahabat-sahabat melaksanakan ibadah umrah bersama-sama sebanyak 6-7 kali.Moga-moga diterima oleh Allah.Kami dibimbing oleh Ustaz Nazri yang merupakan Pengarah Multaqa' al-Iman Travel dan 2orang sahabatnya Ustaz Wan dan Ustaz Omar.Kami dibimbing mengenai cara-cara sebenar pelaksanaan umrah supaya umrah yang dilaksanakan merupakan umrah yang terbaik.


Di samping itu,antara tempat-tempat yang kami lawati di sini ialah Ummul Qura University,Jabal Rahmah,Ja'ranah,Ladang Unta,Masjid Hudaibiyah dan banyak lagi. Apa yang menjadi pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah ekspedisi mendaki 2bukit di sini iaitu Jabal Thur dan Jabal Nur. Dengan setinggi 5000kaki dan 2500kaki,kami mendaki dengan cita-cita tinggi dapat melihat lokasi sebenar tempat Rasulllallah menerima wahyu dan tempat bersuluk. Dari 2bukit tersebut,kami dapat melihat pemandangan Kota Haram ini secara keseluruhannya. Subhanallah.....


Sehingga hari ini,pengalaman dan suasana beribadah di Kota Haramain tidak dapat aku dan sahabat-sahabat jemaah umrah lupakan sehingga hari ini. Sehinggakan saat ini juga,aku katakan pada hatiku "Aku rindukan Haramain.." Moga-moga selepas ini aku dapat lagi menjadi tetamuNya Insyaallah...

Sunday, May 3, 2009

Adventuring Begin..



'adventuring begin' atau atau kalimah lainnya dalam bahasa kebangsaan 'pengembaraan bermula' memberi maksud yang mendalam bagiku untuk mencipta satu perjalanan hidup sebagai seorang huffaz. sebelum aku pergi lebih jauh untuk mengembara,ingin aku ceritakan serba sedikit bagaimanakah terdetiknya di hati sanubari ini untuk memulakan blog ini hasil ciptaan tersendiri.



Segala-galanya bermula di sini....


sudah hampir 5bulan aku dan sahabat2 di kalangan pimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) memegang kepimpinan 08/09. Kami sedar bahawa ini adalah salah satu amanah yang telah Rabbul Jalil taklifkan untuk kami membawa mesej dakwah dan tarbiah sebagai seorang khalifah di muka bumiNya.selama waktu itu,kami mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi yang mematangkan lagi kami sebagai seorang pemimpin di kampus ini.Ada yang 'down' dan ada yang 'up'.itulah kisah hidup kami sebagai seorang pemimpin.aku sebagai orang kedua terpenting dalam memegang amanah ini sentiasa memberi semangat dan dorongan supaya kami tidak mudah lemah dalam meneruskan perjuangan ini.


Teringat kata-kata Syed Qutub:"Kita bukanlah yang memulakan dan kita bukanlah yang mengakhirkan tetapi kita adlah rantai-rantai perjuangan".

Inilah antara ungkapan yang aku selalu keluarkan sewaktu meeting pimpinan. Perjuangan ini cukup2 pahit pada mulanya,tetapi pada akhirnya ianya begitu manis.Insyaallah..


*

1 Mei 2009 tiba.Pada pagi tersebut jam 2pagi,aku melihat sahabat seperjuanganku,Aye,melayari internet.Blognya 'Superman Haraki' selalu diungkap-ungkapkan di ruang udara kini berada dihadapan mataku.Dengan logo superman di atas blognya,memberikan aku lebih bersmangat untuk mengetahui apakah hasil karyanya di ruangan yang seterusnya.Dia menimbulkan persoalan kepadaku, bahawa pada masa kini apakah antara wasilah kita untuk menyampaikan mesej dakwah Nabi Muhammad S.A.W.? melalui wasilah inilah jawapannya. Kini aku lebih berfikiran lebih rencam. Bukan sahaja dakwah boleh disampaikan melalui ceramah,tazkirah,kuliah,forum dan sebagainya,malah ini jugalah antara wasilah dakwah yang boleh digunakan untuk menarik minat masyarakat umum.cuma caranya
bagaimana?? 'belajar la dengan ana' kata aye tersenyum sinis.

Setelah itu,aku berehat sekejap di kamarku.Aku memikirkan mengenai tawaran aye tadi.Begitu juga dengan saranan yang telah diberikan oleh Adik-adikku Usrah Ghuraba' selama 2-3 bulan yang lalu. "Abang Din bila nak buat blog? Kami xsabaq-sabaq nak tengok blog TYDP ni" melawak adik-adikku dalam loghat Kedah.Dari situ,aku bergegas menemui aye dan terus mempelajari serba sedikit cara-cara membuat blog.Mudah saja rupanya.yang penting mesti sentiasa perbaharui artikel dari semasa ke semasa.Perjuangan mesti diteruskan..Insyaallah...