Saturday, August 29, 2009

Perubahan itu suatu kepastian..

Merenung kepada kata-kata yang diungkapkan oleh seorang pimpinan PAS, Mohamad Sabu mengenai kemerdekaan yang sebenar ialah terlaksananya syariat sebagaimana yang dituntut oleh Allah, apakah sekarang kita sudah berada di tahap sedemikian? Jika jawapannya 'tak', apakah ada usaha dari kerajaan khususnya atau pihak-pihak tertentu amnya dalam mengkaji semula sistem pemerintahan di Malaysia kini dan seterusnya membuat 'transformasi' berlandaskan nas Al-Quran dan As-Sunnah?

Saya yakin, kebanyakan pihak yang mempunyai sensitiviti terhadap perkara ini, telah banyak melakukan usaha demi mengembalikan negara kepada kebenaran. Malah satu pihak yang tidak pernah merasa penting akan perkara ini, menganggap bahawa ianya adalah perkara biasa. Kita ingin membentuk negara berdasarkan firman Allah SWT : 'Baldatun toyyibatun warabbun ghafur'.
segala-galanya dapat dilakukan melalui kuasa besar negara ini iaitu pemimpin kerajaan pusat. Bagaimana rakyat hendak percaya sekiranya suara rakyat tidak diendahkan. Lakukan perubahan, kerana perubahan itu adalah suatu kepastian...